ANGELIC FOUR a.k.a A4

ANGELIC FOUR a.k.a A4

MIRACLE BAND a.k.a MB

MIRACLE BAND a.k.a MB

GOSSIP GIRLS a.k.a 2G

GOSSIP GIRLS a.k.a 2G

SaLaM...!!

Assalamualaikum...!
Di ruangan ini, yean ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang sudi menjengguk blog ini... Blog ini adalah khas untuk novel FIGHTING FOR LOVE...!! Dimana watak utamanya ialah FAHRENHEIT... Dan juga TVXQ serta GIRLS GENERATION...
Cerita/karya ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati...


***SELAMAT MEMBACA***
HARAP TERHIBUR,EKEKE..!!!

Isnin, 14 September 2009

PROLOG (FIGHTING FOR LOVE....!)


Persembahan Angelic Four atau lebih dikenali sebagai A4 yang gempak berlangsung di Seoul, Korea akhirnya berakhir. setelah selesai persembahan, para peminat A4 kini berpeluang untuk bergambar dengan kumpulan pujaan mereka dari Taiwan itu.

Alex, Romie dan Aiven menghempaskan punggung di sofa bilik persalinan mereka. kepenatan mula menjular setelah seharian melayan karenah peminat dan menyanyikan lagu serta tarian buat peminat setia A4 di Korea. Romeo menggelengkan kepala melihat gelagat rakannya yang lain. dia juga turut melakukan perkara yang sama bagi melepaskan segala kepenatan yang terbuku dari tadi.

"Hey,guys...Tahniah! konsert pertama kamu di Korea amat memberangsangkan!"kata Jason Lee iaitu pengurus mereka yang berdarah Korea dan Jerman dalam bahasa Inggerisnya yang pekat. Kedatangannya secara tiba-tiba membuatkan mereka tidak jadi melelapkan mata seketika.

"Kamu semua telah melakukan persembahan yang menarik dan melebihi target pencapaian kita sebelum neE."sambungnya lagi.

"NeE semua atas jasa awak jugak!"puji Romeo juga dalam bahasa Inggeris. Senyuman mula mekar di bibir ahli kumpulan A4. Nampaknya, makin terkenallah mereka selepas ini di negara Korea yang juga terkenal dengan artis-artis yang berbakat dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai penghibur. Walaupun pada mulanya cukup asing bagi mereka menjejakkan kaki di negara tersebut, namun akhirnya usaha gigih mereka menempah nama di Asia tidak sia-sia.

Ok,selepas neE kamu semua boleh berehat. Percutian di Paris yang telah saya janjikan pada kamu semua akan saya tunaikan."senyuman mereka makin lebar mendengar kata-kata Lee. Romie yang kelihatan tidak bermaya sebentar tadi mula melompat riang kerana akhirnya impian ingin menjejakkan kaki di negara yang terkenal dengan bangunan Eiffel itu akan termakbul.

"So,bila kita akan bertolak neE?? Malam neE? X pun esok pagi??"kelakuan Romie yang tidak sabar-sabar itu telah memecahkan tawa mereka yang lain. Geli hati melihat karenah Romie yang seperti kebudak-budakkan. Namun begitu, apabila berada di pentas,Romie kelihatan begitu matang sekali. Jelas bahawa perwatakan seorang bintang berbeza apabila berada di belakang pentas.

"Relaks! Apa pun, saya ada berita yang lebih menarik untuk kamu semua."Romeo mengangkat kening. Dia inginkan penjelasan dengan kata-kata Lee sebentar tadi. Spontan Romie dan Avien
memandang Lee. Alex yang diam sejak tadi mula memberikan perhatian. tertarik dengan kata-kata Lee mebuatkan mereka semua kelihatan serius menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibir pengurus mereka itu.

"Seperti yang saya katakan sebelum neE, A4 perlukan ahli yang bukan sahaja pandai mengambil hati ramai peminat tetapi IQ mereka juga perlu tinggi. Pihak syarikat telah memaklumkan pada saya bahawa kamu semua akan men
eruskan pengajian di kolej."kelihatan dahi ahli A4 berkerut. Lee tersenyum penuh erti dan meneruskan kata-katanya.

"And kamu akan meneruskan pengajian di....."Alex mula x senang hati. Wajah Lee dan senyuman yang dilemparkan kep
adanya seakan-akan membawa berita buruk buatnya. Romeo, Romie dan Aiven pula kelihatan tenang sahaja. Mereka memang telah dimaklumkan tentang perkara ini. Namun, di negara mana mereka akan berada kini menjadi persoalan.

"Oh come on Alex! Kamu hanya akan berada di Malaysia selama 4 tahun saja. Kalau nak lebih pun boleh jugak!"Lee mengenyitkan matanya. Tawanya berd
erai melihat reaksi spontan Alex yang membeliakkan matanya. Terkejut dengan berita yang diterimanya sebentar tadi. Dia langsung tidak menyangka akan hal yang dikatakan oleh Lee. Romeo, Romie dan Aiven memandang wajah Alex yang mula memucat. Bukannya mereka tidak tahu yang Alex sebenarnya tidak menyukai negara yang kian maju di mata Asia itu kini.

"What?! Malaysia?!"Begitu kelu lidah Alex menyebut nama negara yang begitu digeruninya selama ini. Alex menelan liur. Terasa tekaknya sakit. Serta merta pandangan Alex mulai kabur dan.......... Gelap!





p/s: hye guys..... sowie buat follower yg dh tertunggu-tunggu n3 neE.... yean akan postkan n3 baru setiap hari isnin dan jumaat.. Insya-allah,,klu x der halangan... harap para pembaca dapat memberikan komen ttg n3 yean neE utk meningkatkan lagi teknik penulisan yean... wassalam!!

Tiada ulasan: